time

Selasa, 21 Mei 2013

VIDEO SIMPULAN BAHASA


TEKA TEKI NAMA BINATANG


TEKA-TEKI NAMA BINATANG


Pergi memancing di Sungai Deli,
Dapat seekor si ikan keli,
Jika adik  bijak bistari,
Binatang apa keris di kaki?

Ayam Jantan
Dari mudik menuju ke muara,
Untuk mencari pucuk paku,
Tahukah adik binatang apa,
Darahnya hitam tulangnya satu?

 


Sotong

  Anak ayam mati tercekik,
Dibuang orang di tepi lombong,
Kalau adik orang yang cerdik,
Apa binatang tanduk di hidung?

Badak Sumbu

 
 
Makan nasi berulam raja,
Kelawar

Ditambah dengan sambal sotong,
Kalau adik pandai meneka,
Apa binatang tidur tergantung?








Pergi berjalan di waktu petang,
Singgah makan rojak kangkung,
Binatang ni badannya panjang, 

Jika diusik badannya digulung?


Ulat Gonggok


Upin Ipin ketawa sahaja,  
Bila melihat cerita jenaka,
Cuba adik cubalah teka,
Badannya besar berstokin pula.


Seladang

Sakit terkena duri semalu,
Ketika menangkap ikan siakap,
Kalau adik ingin nak tahu,
binatang apa pandai bercakap.   
 

Burung Tiung

Buat jahat selalu dikecam,
Buat baik selalu dipuja,
Binatang ini giginya tajam,
Kalau berehat mulut ternganga,


Buaya










Pagi-pagi pergi ke kebun,
Menebas rumput guna parang,
Waktu siang matanya rabun,
Waktu malam matanya terang.


 
Burung Hantu

Manis sungguh buah melaka,
Dibuat oleh si anak dara,
Lehernya panjang tidak terkira,
Tapi makan pucuk pokok sahaja. 


Zirafah
Naik basikal ke rumah Pak Harun,
Untuk melihat perlawanan gasing,
Binatang ini sangatlah gerun,
menggigit mangsa terkoyak daging.

 
Ikan Jerung
Waktu sarapan makan roti,
Sedap dimakan dengan madu,
Garang betul binatang ini,
Kejar orang hendak menyudu.


 
 
Angsa
 











Berwajah cantik berbadan langsing,
Menjadi impian muda dan mudi,
Binatang ini berpinggang ramping,
Kalau menggigit sakit sekali.


Kerengga
Jatuh kolam baju basah,
Sebab habuk masuk ke mata,
Binatang ini menghisap darah,
Bawa penyakit kepada manusia.

Nyamuk

LATIHAN PETIKAN PEMAHAMAN


LATIHAN PETIKAN

PRAKTIS   1  RENCANA

Baca petikan dibawah ini dengan teliti,kemudian jawap soalan-soalan yang berikutnya.


         Media massa merupakan alat untuk menyebarkan maklumat dan pengatahuan kepada orang ramai.Media massa merangkum radio,televisyen,surat khabar.dan yang terkini internek.kesemua alak media massa ini mempunyai peranan tersendiri dalam usaha membentuk masyarakat bermaklumat.
        Melalui media massa , maklumat dan ilmu pengatahuan dapat disebarkan semaksimum mungkin.Apatah lagi,malaysia tidak ketinggalan mengikuti perkembagan teknologi seperti negara maju lain selepas memiliki satelit sendiri.Oleh itu,peristiwa semasa seperti peperangan,bencana alam,perkembangan politik,dan bermacam macam lagi yang berlaku sama ada di dalam mahupun di luar negara dapat disalurkan kepada masyarakat dengan segara.
         Selain itu, media massa juga berfungsi sebagai penyampai iklan. Iklan yang  disiarkan melalui televisyen, radio, dan surat khabar memudahkan orang ramai mengetahui maklumat tentang sesuatu produk dan perkhidmatan mereka.
         Di samping itu, fungsi media massa seperti televisyen pula dapat mengurangkan masalah sosial khususnya di  kalangan remaja. Medium ini digalakkan dapat menyiarkan pelbagai rancangan berinformasi, berunsur pendidikan, mahupun hiburan yang bermanfaat kepada remaja. Selain itu, media massa dapat juga merapatkan hubungan kekeluargaan. Hal ini dapat dilihat apabila semua ahli keluarga berkumpul di rumah dan bersama sama menonton televisyen, membaca majalah, dan surat khabar.
          Namun begitu, perkembangan media massa dalam menyalurkan maklumat perlu diawasi dan ditapis oleh pihak berkuasa. Hal ini demikian bagi memastikan maklumat yang disampaikan kepada masyarakat tepat dan jujur selain menutup peluang mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan dakyah dan propaganda mereka.

  1. Media massa merupakan alat untuk menyebarkan....
    1. maklumat propaganda.
    2. maklumat dan pengetahuan.
    3. hiburan dan iklan.

  1. Kata medium yang terdapat dalam petikan tersebut bermaksud...
    1. pengusaha.         C.  perantara.                
            B.   proses.              D. Perkhidmatan.
                 

  1. Penyataan manakah antara yang berikut yang tidak benar mengenai media massa?
A. Media massa merupakan alat untuk menyebarkan maklumat dan pengetahuan                     
                 Kepada orang ramai.
            B. Malaysia masih lagi ketinggalan dalam perkembangan teknologi maklumat.
            C.Media massa berfungsi  juga  sebagai penyampai iklan.
            D. Perkembanagan media massa dalam menyalurkan maklumat perlu diawasi 
                dan ditapis oleh pihak berkuasa.

  1. Bagaimanakah media massa dapat menyiarkan maklumat dan peristiwa semasa
yang berlaku di dalam dan di luar negara dengan segera?

A. melalui penggunaan internet.
B.melalui teknologi satelit.
C. melalui kecekapan wartawan.
D. melalui penyiaran iklan.

     5.    Semua penyataan yang berikut benar mengenai media massa berdasarkan petikan    
            tadi, kecuali......

         A.medium untuk memasarkan barangan dan perhidmatan.
         B. dapat mengeratkan hubungan sesama keluarga.
         C.dapat menyebarkan ilmu pengetahuan dan banyak informasi yang berguna.
        D. menjadi alat untuk menyebarkan dakyah  propaganda.

 PRAKTIS  2  RENCANA.

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.


                 Kuala Lumpur City Centre (KLCC), suatu kawasan yang menjadi tarikan pengunjung dari  dalam negara dan luar negeri.Keindahan KLCC bukan saja terletak pada seni binanya yang unik tetapi jugak pada persekitarannya yang indah.Di sinilah juga letaknya Menara Berkembar Petronas, iaitu menara berkembar yang tertinggi di dunia.
                 KLCC turutmenawarkan kemudahan rekreasi secara percuma kepada warga kota.Hal ini suatu alternetif kepada warga kota untuk meluangkan masa bersama dengan keluarga tanpa perlu banyak mengeluarkan belanja.Di KLCC ini terdapat sebuah taman rekreasi yang luas.Seperti taman-taman lain di bandar raya Kula Lumpur,Taman KLCC menjanjikan kepuasan kepada para pengunjung.Taman ini sesuai untuk seisi keluarga  bersantai. Keindahan taman diserikan dengan landskap yang menarik serta memberikan suasana yang redup dan damai.
                  Di taman KLCC terdapat sebuah taman permainan untuk kanak-kanak bersuka ria. Ruang taman permainan yang luas ini turut dilengkapi alat-alat permainan yang selamat seperti buaian,gelongsor,jongkang-jongket,dan lain-lain,Di sini lah kanak-kanak bebas menggunakan pelbagai permainan. Ibu bapa tidak perlu berasa risau kerana semua alat permaianan dibuat daripada plastik.Oleh itu, tidak hairanlah mengapa ibi bapa membawa anak-anak mereka bermain alat-alat permaianan di Taman KLCC setiap minggu.
                  Bersebelahan dengan taman permainan kanak-kanak ini pula dibina kolam mandi untuk kanak-kanakbawah umur 12 tahun.Struktur kolam mandi ini pula berbentuk landai seperti pinggir pantai serta dilengjapi air terjun dan air pancuran untuk menbilas badan.Walaupun paras airnya tidak begitu dalam,tetapi kolam mandi ini senantiasa diawasi oleh pengawal keselamatan.
                 Selain itu,trek jogging,wakaf,Taman Simfoni,dan pusat beli-belah di Suria KLCC turut dibina untuk kemudahan orang ramai.Ternyatalah kemudahan yang disediakan ini mampu memberikan kepuasan kepada warga kota yang mengingini pusat perkelahan yang berdekatan dan selamat.


1. Kata alternatif dalam rencana ini sama ertinya dengan kata......

   A.kemungkinan.
   B. pilihan.
   C.pertimbangan
   D.kemestian.

2. Mengapakah ibi bapa tidak perlu risau ketika anak-anak bermain?

    A. anak-anak mereka diawasi oleh pengawal keselamatan.
    B. terdapat pelbagai pilihan alat permainan.
    C. ruang taman permainan itu sangat luas.
    D. alat-alat permainan itu dibuat daripada bahan
        yang tidak berbahaya.

3. Tujuan pengawal keselamatan mengawasi kolam mandi
   adalah untuk.....

    A.menggelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.
    B.memastikan kanak-kanak bermain dengan riang.
    C. menjaga kebersihan kolam mandi.
    D.menghalang ibu bapa memasuki kolam itu.

4. Semua kemudahan yang berikut disediakan  kepada 
   pengunjung di Taman KLCC,    kecuali.....

    A.trek jogging.
    B.pusat membeli belah.
    C. pusat kesihatan.

5. Faktor apakah yang memungkinan Taman KLCC
     menjadi tumpuan warga kota?

    A.seni bina dan landskapnya yang menarik.
    B. kedudukanya di menara yang tertinggi di dunia
    C. tarafnya sebagai pusat perkelahan yang mudah
        dikunjungi dan selamat
    D. keadaan persekitarannya yang nyaman

PRAKTIS  3 CERITA

Baca petikan di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

                 ”Baiklah puan-puan. Mula-mula, kita pasang api untuk menjerang air. Selepas air mendidih nanti, barulah kita masukkan bahan-bahan yang telah kita sediakan tadi,” becok mulut Ainin menuturkan kata-kata. Lagaknya seperti pengacara televisyen yang mengacarakan rancangan masakan. Sambil itu tangannya sibuk menggoreskan batang mancis pada kotaknya. Terkebil-kebil pula Aizah memandang gelagat Ainin.
                 ”Nin, jangan bermain api,”kata Zurin yang berada tidak jauh dari tempat itu. Nada suaranya tegas. Dia berjalan pantas ke arah Ainin dan Aizah. Ketika itu, Ainin dan Aizah sedang menghadap tin susu yang berisi air yang diletakkan di atas timbunan dedaun kering.
                  ”Ala... Nin nak jerang air saja. Nin bukan nak pasang api besar-besar,” kata Ainin sambil merampas mancis di tangan Ainin. Wajah Ainin masam mencuka. Aizah pula hanya memerhatikan perlakuan kakaknya.
                  ”Ainin...Aizah...ingatlah,api ketika kecil menjadi kawan,apabila besar menjadi lawan.”Lembut tutur kata Zurin kali ini.Ainin mendongak dan terlihatnya oleh Zurin tersenyum kepadanya.
                  ”Tengok ni...”sambung Zurin sambil menyinsing lengan kiri bajunya.Berkerut dahi Ainin dan Aizah kerana hairan  melihat keganjilan pada lengan Zurin.Terdapat tompokan putih yang licin pada lengan Zurin.Ada pula bahagian kulit yang seolah-olahberkedut dan gelap warnanya.
                   ”Eh!Apa yang terjadi dengan legan Kak Zurin?”tanya Ainin sambil membelik-belek lengan Zurin.
                     ”Inilah gara-gara api,Nin,Zah.Percikan api daripada bunga api menyebabkan lengan baju Kak Zurin terbakar.Lengan Kak Zurin melecur.Beginilah keadaannya walaupun sudah dirawat,”jelas Zurin panjang lebar.
                      ”Oh,patutlah Kak Zurin selalu memaikai baju lengan panjang!”Sebelum sempat Aizah menghabiskan kata-katanya,Ainin menyiku lengannya.Aizah lalu terdiam.
                      Zurin tersenyum melihat gelagak anak-anak jirannya itu.Kemudian dia berkata,”Kak Zurin sayang akan kamu berdua.Kak Zurin tak mahu kamu mengalami apa-apa yang pernah Kak Zurin alami dulu.”
                       Ainin dan Aizah saling berpandangan.”Terima kasih,Kak Zurin,”kata Ainin dan Aizah serentak.


1. Apakah yang sedang dilakukan oleh Ainin dan Aizah ketika ditegur oleh Zurin?

    A.memasak.
    B.bermain masak-masak
    C. membakar sampah
    D. menyapu sampah


2. Yang berikut adalah sifat-sifat Zurin, kecuali...
     A. penyayang
     B. prihatin
     C. garang
     D. tegas

3. Apakah hubungan antara Zurin dengan Ainin dan Aizah?
    A. adik-beradik
    B. saudara-mara
    C. jiran tetangga
    D. anak-beranak

 4. Yang berikut merupakan tindakan Zurin untuk menghalang Ainin dan Aizah   bermain
      Api, kecuali...
   
A.    memadamkan api
B.     melarang Ainin dan Aizah bermain api
C.     merampas kotak mancis dari tangan Ainin

 5. Mengapakah Zurin melarang Ainin dan Aizah bermain api?
       A. kerana Zurin menyayangi Ainin dan Aizah
       B.kerana api pernah membakar lengan bajunya
       C.kerana api amat berbahaya
       D.kerana Ainin dan Aizah anak-anak jirannya                                                                                                                                                 

PANTUN TEKA TEKI

PANTUN TEKA TEKI

 Kalau tuan pergi ke kedai,
Belikan saya buah keranji,
Kalau tuan bijak pandai
Apa binatang keris di kaki?

 Ada sebiji roda pedati,
Bentuknya bulat daripada besi,
Selalu diikat sekuat hati,
Dilempar hidup dipegang mati?

 Buah budi bedara mengkal,
Masak sebiji di tepi pantai,
Hilang budi bicara akal,
 Buah apa tidak bertangkai ?

 Burung nuri burung dara,
Terbang ke sisi taman kayangan,
Cubalah teka wahai saudara,
Semakin diisi makin ringan?

 Bunga orkid indah warnanya,
Penyeri taman perindah hutan,
Ramai orang datang bertanya,
Tapak siapa hidup di lautan? 

Pak Pung Pak Mustafa,
Encik Dollah di rumahnya,
Ada tepung ada kelapa,
 Gula Melaka jadi intinya.

 Kelip-kelip kusangka api,
 Kalau api mana asapnya,
 Hilang ghaib disangkakan mati,
 Kalau mati mana kuburnya?
 Budak-budak bermain batu,
 Batu dikira satu persatu,
Badannya lurus bermata satu,
Ekornya tajam apakah itu?

 Jika tuan membeli tikar,
 Tikar anyaman dari mengkuang,
 Kalau Tuan bijak pintar,
Ular apa membelit pinggang?

 Masak tumis sambal petai,
Makan kenyang lalusendawa,
Anda menziarah sahabat handai,
Buah apakah akan dibawa

 Pokoknya bulat dan juga rendang,
 Masam dan hijau ketika muda,
 Bentuk buahnya seperti bintang,
Sudah masak, kuninglah ia.

 Belayar perahu dari Bentan,
 Menyusur tepi Selat Melaka,
 Lebar kepala dari badan,
 Apakah ikan cubalah teka?

 Mak Minah menanak minyak,
 Kemenyan dibakar dengan setanggi,
 Dua paha beranak banyak,
 Untuk mendaki tempat yang tinggi?

 Orang bekerja diberikan upah,
Hidangan disaji dalam talam,
Gajah putih di tengah rumah
 Layar terkembang di waktu malam?

 Gigi berduri tatah bersigai,
Pembelah kayu ia berguna,
Apakah benda tuan yang pandai
 Duduk makannya dua cara?

 Jika ke kedai pergi berbelanja,
 Belikan saya sudu dan senduk,
 Jika pandai katakan segera,
Semakin berisi semakin menunduk?

 Kalau tuan pakai lencana,
Pakailah songkok di atas kepala,
 Kalau Tuan bijak laksana,
 Binatang apakah tiada kepala?

 Pisau lipat dimainnya kera,
Tangannya luka lalu terjun,
 Makannya kuat tidak terkira
 Kenyangnya tidak tahi bertimbun?

 Minah ketawa terjerit-jerit,
 Melihat koyak pada seluar,
Orang putih duduk sederet,
 Pagar di dalam tebing di luar?

 Tuan puteri belajar menari,
 Tari diajar oleh Pak Harun,
Kalau Tuan bijak bestari,
 Apa yang naik tak pernah turun?

 Jawapan Pantun Teka-teki 
Jawapan 1-Ayam
 Jawapan 2-Gasing
 Jawapan 3-Buah Melaka
Jawapan 4-Belon
Jawapan 5-Tapak Sulaiman
Jawapan 6-Buah Melaka
 Jawapan 7-Kilat
Jawapan 8-Jarum
Jawapan 9-Tali Pinggang
 Jawapan 10 -Buah Tangan
 Jawapan 11-Belimbing
 Jawapan 12 -Ikan Pari
Jawapan 13-Tangga
Jawapan 14-Kelambu
Jawapan 15-Gergaji
Jawapan 16-Padi
Jawapan 17-Ketam
 Jawapan 18-Api
 Jawapan 19-Gigi
 Jawapan 20-Umur

KOLEKSI CERITA PENDEK

ARNAB YANG PEMALAS Cerita kanak-kanak tentang dua sahabat. Di sebuah hutan tinggal sepasang sahabat. Mereka ialah seekor arnab dan seekor tupai. Setiap hari mereka menghabiskan masa bersama-sama. Pada suatu hari, tupai berkata kepada arnab, “Mari kita buat sarang. Sekarang dah tiba musim hujan. Apabila hujan, kita ada tempat berteduh.” “Ya, betul kata awak. Tapi biarlah saya berehat dulu,” jawab arnab. Pada petang itu, hujan turun dengan lebatnya. Tupai dan arnab berteduh di bawah pokok. Mereka basah dan kesejukan.”Jika kita ada sarang, tentu kita tak akan basah begini,”kata tupai. “Ya, betul kata awak,” jawab arnab. “Pagi esok kita akan buat sarang,” kata arnab lagi. Keesokan pagi, cuaca sungguh baik. Tupai mengajak arnab menbuat sarang. “Lebih baik kita pergi cari kayu untuk membuat sarang,” kata tupai. “Tapi bukan sekarang,” jawab arnab. “Kita masih ada banyak masa lagi. Marilah kita pergi cari makanan. Saya sungguh lapar!” Tupai menggeleng-geleng melihat sikap sahabatnya itu. Pada petang itu, hujan turun lagi. Tupai dan arnab basah kuyup kerana tiada tempat berteduh. “Alangkah baiknya jika kita ada sarang,” kata tupai. “Esok kita mesti buat sarang. Saya tak mahu terus basah seperti ini sewaktu hujan.” Arnab yang pemalasitu tidak menghiraukan rungutan sahabatnya. “Kita tunggu esok sahajalah,” kata arnab.