time

Isnin, 11 Mac 2013

senarai nilai murni


BM 012 UPSR : SENARAI NILAI MURNI (BAHAGIAN C)


NILAI

PERBUATAN / AKTIVITI / TINDAKAN / FRASA

RAJIN

Mengulang kaji pelajaran/mengemas rumah/buat kerja rumah/buat jadual waktu belajar/menyiapkan kerja sekolah/buat latihan

TOLONG-MENOLONG

MEMBANTU ibu pergI ke kedai/membasuh pinggan/mengajar rakan/memberi derma/ tolong guru di sekolah/

BEKERJASAMA

bergotong-royong / bermain dgn. bersungguh-sungguh/ bermuafakat/berbincang/berganding  bahu bahu/berpadu tenaga/bersama-sama/bergilir-gilir/bersepakat

BAIK HATI

Memaafkan kesalahan/menolong orang/menghulurkan derma/belanja kawan makan/tidak berdendam

PEMURAH/
MURAH HATI

Memberi hadiah/menghulurkan derma/belanja kawan makan/menolong/membantu/berkongsi…

JUJUR

bercakap benar/mengakui kesalahan/tidak mengambil harta benda orang/memulangkan/menyerahkan/mengembalikan

AMANAH

melakukan  tugas yang diberi oleh guru/ ibu bapa/menyimpan rahsia/wang yang diamanahkan.

RELA/SANGGUP BERKORBAN

Menawarkan diri untuk melakukan sesuatu perkara/
secara sukarela

MENGHARGAI MASA

Bangun awal/ membaca buku/mengulang kaji pelajaran /mengemas rumah/buat kerja rumah/buat jadual waktu belajar/menyiapkan kerja sekolah/buat latihan

MENGHARGAI / MEMBALAS JASA

Mengucapkan terima kasih/memuji kebaikan/
memberikan hadiah/memberikan ganjaran/duit

PRIHATIN

Menolong orang/menghulurkan bantuan/menderma /menyumbang/mengutip sampah di atas lantai/menegur

BERDISIPLIN

Mengenal diri dengan cara menerima dan mematuhi  peraturan dan undang-undang.


GURU CEMERLANG BM SKPHT
BM 012 UPSR : SENARAI NILAI MURNI (BAHAGIAN C)



MENJAGA KEBERSIHAN


Menjaga kebersihan diri/rumah/sekolah/alam sekitar/menebas rumput/membakar sampah


MENJAGA KESIHATAN

Makan makanan berkhasiat/ makanan seimbang/bersukan/berjoging/
bermain badminton


MENJAGA KESELAMATAN

Berhati-hati/memeriksa kenderaan/memandang ke kiri dan kanan/memakai topi keledar

SEMANGAT PATRIOTIK

Berdiri apabila mendengar lagu Negaraku/
melawat Tugu Negara/tempat bersejarah

TABAH/SABAR/
CEKAL

Tidak kecewa dengan kematian/kesusahan/
dugaan/diejek/dihina/dibuli

PERAMAH/MUDAH MESRA

Bertanya khabar/menyapa kawan

IKHLAS

Menolak ganjaran/pemberian/melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan

KASIH SAYANG/ SIMPATI

Memeluk anak/cucu kerana lama tak jumpa/ menghulurkan derma kepada orang miskin

RASIONAL

Melakukan sesuatu setelah memikirkan kebaikannya

TAAT / PATUH

Mengikut arahan/nasihat ibu bapa/guru
Mengikut peraturan

SEMANGAT BERMASYARAKAT
/ KEJIRANAN

Gotong-royong kenduri / ziarah jiran sakit
Ziarah kematian – ucap takziah
Beri makanan kepada jiran / tolong jiran

BERTANGGUNGJAWAB


Memulangkan harta benda orang / melaksanakan tugas / menegur perbuatan  negatif

BERDIKARI

Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh kasut

GURU CEMERLANG BM SKPHT
BM 012 UPSR : SENARAI NILAI MURNI (BAHAGIAN C)



KEBEBASAN

Mengeluarkan pendapat dalam perbincangan, mencadangkan sesuatu…

BERSIKAP SEDERHANA

Merendah diri/tidak sombong/tidak bermegah-megah/berkongsi kejayaan dengan ibu bapa/guru

BIJAKSANA /
BIJAK BERFIKIR /
BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN

Bertindak dengan bijak / melakukan sesuatu setelah berfikir.

BERWAWASAN / BERCITA-CITA TINGGI / BERJIWA BESAR

Ingin berjaya dalam hidup / ingin mengubah nasib keluarga / melanjutkan pelajaran ke menara gading/ ingin menjadi doctor

DEDIKASI

Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu yang berfaedah / bekerja dengan bersunggguh-sungguh

BERDIKARI

Membuat sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh kasut

BERTOLERANSI / BERTOLAK ANSUR

Memaafkan kesalahan orang / bagi pinjam pensel kepada kawan/ tidak berasa marah atas tindakan rakan / tidak mengambil hati

MEMPUNYAI JATI DIRI

Tahan lasak / cekal hati / tabah menghadapi cubaan/rintangan/kesusahan

BERANI

Menyatakan kebenaran / tolong orang lemas / berlawan dengan penjahat / penjenayah
/ mempertahankan diri

HORMAT / MENGHORMATI

Memberi salam / ucapan selamat/ menyapa seseorang dengan baik / bangun apabila guru masuk ke dalam kelas.





GURU CEMERLANG BM SKPHT




KEBAIKAN MEMBAWA BEKAL KE SEKOLAH


          Setiap hari kita diberikan wang saku oleh ibu bapa untuk membeli makanan dan minuman di kantin sekolah. Namun begitu, kita juga boleh membawa bekal ke sekolah. Membawa bekal ke sekolah sebenarnya membawa banyak kebaikan kepada kita.

        Apabila kita membawa makanan sendiri ke sekolah, kita akan dapat menjimatkan wang kita. Wang saku yang diberikan oleh ibu bapa kita boleh disimpan di dalam tabung atau di bank. Lama-kelamaan wang tabungan kita akan bertambah,  seperti kata pepatah, “sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit”.

       Selain itu, makanan yang dibekalkan oleh  ibu kita semestinya sedap dan berkhasiat. Ini dapat mengelakkan  kita daripada terkena keracunan makanan.  Kita juga akan lebih berselera untuk menikmati makanan yang dimasak oleh ibu pada waktu rehat.
        

      Di samping itu, kita tidak perlu lagi  berebut-rebut atau beratur untuk membeli makanan di kantin. Kita dapat menjamah terus makanan yang dibawa dari rumah.  Masa rehat kita dapat dijimatkan. Oleh itu, kita masih ada masa untuk membaca buku atau akhbar di perpustakaan.

       Kita juga boleh bertukar-bertukar atau berkongsi bekal dengan kawan-kawan kita. Dengan ini, perhubungan kita dengan kawan-kawan akan menjadi lebih erat. Selain itu, hubungan kasih sayang antara kita dan ibu juga akan bertambah erat.
      

        Kesimpulannya, membawa bekal ke sekolah memang mendatangkan banyak manfaat kepada kita. Oleh, itu ada baiknya amalan tersebut kita lakukan untuk kebaikan diri kita sendiri.
     










KEBAIKAN BELAJAR BERKUMPULAN

        Terdapat banyak cara untuk belajar. Sebagai pelajar kita boleh belajar sendiri atau belajar secara berkumpulan. Belajar berkumpulan sebenarnya mendatangkan banyak kebaikan kepada kita.
      
        Apabila kita belajar secara berkumpulan, kita dapat bertanya tentang pelajaran yang tidak kita fahami. Kata pepatah, “malu bertanya, sesat jalan”. Oleh itu, segala masalah kita dalam pelajaran akan dapat diatasi serta-merta dengan bantuan kawan-kawan kita.

       Kita juga akan lebih memahami sesuatu perkara jika kita belajar secara berkumpulan. Kawan-kawan kita yang lebih pandai akan memberikan penerangan yang jelas. Sebaliknya, apabila kawan kita pula yang tidak memahami sesuatu perkara, kita boleh membantunya dengan memberikan penerangan yang dimintanya.         

      Di samping itu, kita juga tidak akan berasa jemu atau mengantuk. Pembelajaran secara berkumpulan yang diselang-selikan dengan perbualan dan gurauan tentunya akan menjadi lebih menarik. Oleh itu,
Kita akan menjadi lebih bermotivasi untuk belajar.

       Kita juga boleh bertukar-bertukar atau berkongsi pendapat dengan kawan-kawan kita. Dengan cara ini, ilmu pengetahuan kita akan bertambah dari semasa ke semasa. Perhubungan kita dengan kawan-kawan juga akan menjadi lebih erat.      

        Kesimpulannya, belajar secara berkumpulan memang mendatangkan banyak manfaat kepada kita. Oleh, itu amalkanlah belajar secara berkumpulan untuk kebaikan kita bersama.


  

Isnin, 4 Mac 2013

TIPS KARANGAN


Apakah yang perlu dilakukan sebelum menulis karangan?
1. Kamu hendaklah membaca dan memahami soalan yang diberikan.
2. Pastikan kamu memahami kehendak soalan, tajuk, dan bentuk karangan yang hendak ditulis.
3. Kegagalan kamu memahami kehendak soalan, tajuk, dan bentuk karangan yang hendak ditulis menyebabkan karangan kamu kekurangan isi dan mungkin akan terkeluar daripada tajuk.
4. Catatkan isi-isi penting yang hendak kamu tulis berdasarkan tajuk karangan.
5. Susun isi-isi penting tersebut mengikut keutamaanya; isi yang paling penting ditulis dahulu dikuti dengan isi yang kurang penting.
 B. Apakah yang Perlu Dilakukan Semasa Menulis Karangan?
Karangan yang baik mestilah ada tiga bahagian utama:
i. Pendahuluan
ii. Isi
iii. Penutup
i. Pendahuluan
1. Karangan kamu hendaklah dimulakan dengan pendahuluan dalam satu perenggan sahaja.
2. Pendahuluan mestilah berkaitan dengan kehendak soalan dan ada daya penarik.
3. Perenggan pendahuluan adalah mencukupi dengan dua atau tiga baris ayat sahaja.
4. Jangan masukkan isi ke dalam perenggan pendahuluan.
ii. Isi
1. Bahagian isi adalah bahagian yang terpenting dalam sesuatu karangan
2. Menurut kehendak peperiksaan, karangan kamu haruslah mempunyai empat isi utama.
Setiap isi itu hendalah ditulis dalam satu perenggan yang berasingan.
3. Isi-isi penting haruslah diutamakan.
4. Kembangkan isi dalam bentuk perenggan dengan menggunakan ayat dan cerita yang menarik.
5. Isi adalah bahagian yang paling penting dalam sesebuah karangan. Oleh sebab itu, isi karangan kamu mestilah ditulis dengan bahasa yang menarik dan mudah difahami.
6. Isi-isi yang diceritakan haruslah berkaitan dengan soalan.
7. Jangan ceritakan isi-isi secara meleret-leret dan tidak dapat diterima oleh akal.
iii. Penutup
1. Setiap karangan haruslah mempunyai penutup
2. Penutup yang baik merupakan kesimpulan tentang apa yang telah kamu tuliskan sebelumnya.
3. Penutup juga tidak perlu ditulis dengan panjang lebar. dua atau tiga baris ayat sudah memadai untuk menulis penutup.
C. Apakah yang Perlu Dilakukan Sesudah Menulis Karangan?
1. Semak dan baca semula karangan kamu setelah selesai menulisnya.
2. Pastikan tiada isi penting yang tertinggal.
3. Cari kesilapan yang mungkin ada seperti kesalahan tatabahasa, penggunaan perkataan, ejaan dan tanda baca.
4. Betulkan setiap kesilapan tersebut.
5. Baiki tulisan yang buruk dan sukar dibaca
CIRI-CIRI KARANGAN YANG BAIK
1. Pemahaman terhadap tajuk mestilah tepat, iaitu segala keterangan dan penjelasan serta contoh yang diberi mestilah tidak terkeluar daripada tajuk.
2. Setiap karangan mestilah mempunyai isi yang menepati maksud atau kehendak soalan. Sebuah karangan yang baik dan menepati kehendak pemeriksa mesti mempunyai empat isi utama.
3. Pendahuluan sesebuah karangan mestilah sesuai dengan isi dan menepati tajuk serta dapat menarik pembaca untuk membaca karangan itu sehingga selesai.
4. Isi karangan mestilah dikembangkan dengan baik. Isi yang mencukupi belum tentu dapat menjadikan karangan kamu itu menarik sekiranya kamu tidak pada menghuraikan isi-isi tersebut dengan baik.
5. Untuk bahagian penutup pula, kamu hendaklah menulis suatu kesimpulan yang kemas tentang karangan yang telah kamu tuliskan itu.
6. Penggunaan tatabahasa yang betul dalam karangan dapat mempengaruhi markah karangan kamu. Oleh itu, cara kamu membentuk ayat-ayat dalam karangan mestilah berpandukan tatabahasa yang betul.
7. Karangan kamu hendaklah menggambarkan bahawa penulisnya mempunyai fikiran atau pendapat yang matang.
8. Pengolahan karangan hendaklah menarik sehingga dapat memberi kesan di hati pembaca

KATA NAFI


1. Kata nafi ialah kata yang digunakan untuk menafikan atau menidakkan sesuatu perkara.
2. Kata nafi terdiri daripada :
i. tidak                       ii. bukan
3. Penggunaan kata nafi :
i. tidak – digunakan untuk menafikan tau menidakkan maksud yang dibawa oleh kata adjektif atau kata kerja yang mengikutinya.
Contoh ayat :
a. Saya tidak suka makan buah rambutan.
b. Harga baju itu tidak mahal.
c. Keadaan di dalam pusat sumber itu tidak bising.
ii. bukan – digunakan untuk menafikan atau menidakkan maksud yang dibawa oleh kata nama dan kata sendi nama yang mengikutinya.
Contoh ayat :
a. Buku itu bukan kepunyaan saya.
b. Hadiah yang dibungkus itu bukan untuk hari jadi kakak.
c. Kereta yang bewarna biru itu bukan kereta Honda City.

KATA KERJA


1. Menyimbah – menyiram sekali gus sehingga basah dengan kuantiti air yang banyak (menggunakan baldi, gayung dan sebagainya)
2.Menyiram – mencurahkan air (kuantiti air yang banyak daripada menjirus) dan lain-lain pada sesuatu supaya bersih, basah dan sebagainya (pokok bunga, air mawar)
3. Merenjis – titik-titik air dan lain-lain yang berselerak ke sana-sini tetapi lebih menghala ke sesuatu kawasan (istiadat tepung tawar, kain yang direnjis dengan air sebelum diseterika)
4. Menatang – membawa sesuatu dengan tapak tangan (dulang)
5. Menjunjung – membawa sesuatu di atas kepala (kendi, buyung dan sebagainya)
6. Menjinjing – membawa sesuatu dengan tangan yang terhulur ke bawah. (beg plastik)
7. Menakik – membuat takuk ((kesan lurah) pada pokok dan lain-lain dengan menggunakan parang.
8. Memangkas – memotong hujung (rumput, pokok renek dan sebagainya)
9. Menanak – perbuatan masak nasi.
10. Menjerang – masak khas untuk air
11. Merendang – memasak hingga kering dengan santan (ayam, daging dan sebagainya).

K2 BAHAGIAN A


  • 1. KERTAS 2 BINA AYAT A
  • 2. TIPS MENULIS AYAT Cari aktiviti / suasana / kegunaan dalam gambar. Bulatkan. Tulis aktiviti / suasana / kegunaan. Bina ayat mudah jika takut salah. Bina ayat lebih gramatis jika yakin betul.
  • 3. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar. menjual membayar menunggu membawa menimbang
  • 4. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar. menjual
  • 5. menjual Pak Abu menjual sayur-sayuran di gerainya. Pak Abu menjual tembikai dan pelbagai jenis sayur yang segar di gerainya.
  • 6. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar. membawa
  • 7. membawa Puan Siti membawa bakul ke pasar. Puan Siti membawa sebuah bakul ke pasar untuk mengisi barang-barang yang dibeli.
  • 8. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar. menunggu
  • 9. menunggu Encik Wong menunggu daging yang dipotong oleh penjual daging itu. Encik Wong dan anaknya berdiri di hadapan gerai untuk menunggu daging yang dipotong oleh penjual daging itu.
  • 10. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar. menimbang
  • 11. menimbang Pak Cik Seong menimbang ikan untuk wanita itu. Pak Cik Seong menimbang ikan yang ingin dibeli oleh pelanggannya.
  • 12. Tulis lima ayat yang lengkap tentang aktiviti yang terdapat dalam gambar. membayar
  • 13. membayar Wanita itu membayar harga ikan kepada Pak Cik Seong. Wanita itu membayar harga ikan yang dibelinya kepada Pak Cik Seong.
  • 14. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar. ternampak mengucapkan menelefon asap memadamkan api
  • 15. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar. ternampak
  • 16. ternampak Wei Jie ternampak sebuah rumah terbakar. Dalam perjalanan pulang dari sekolah, Wei Jie ternampak sebuah rumah sedang terbakar.
  • 17. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar. asap
  • 18. asap Asap keluar dari rumah itu. Asap berkepul-kepul keluar dari rumah yang terbakar itu.
  • 19. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar. menelefon
  • 20. menelefon Wei Jie menelefon bomba dengan telefon awam. Wei Jie segera menelefon bomba di pondok telefon awam yang berhampiran.
  • 21. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar. memadamkan api
  • 22. memadamkan api Ahli bomba memadamkan api bersama-sama. Ahli bomba bertungkus-lumus memadamkan api yang marak itu.
  • 23. Tulis lima ayat yang lengkap tentang situasi yang terdapat dalam gambar. mengucapkan
  • 24. mengucapkan Tuan rumah itu mengucapkan terima kasih kepada Wei Jie. Tuan rumah itu mengucapkan terima kasih kepada Wei Jie atas kebaikannya.

NILAI-NILAI MURNI


UPSR- BM (Bhg C)
Nilai-Nilai Murni

Bil.
Nilai Murni
Penerangan/ Kata Kunci
1.
Baik Hati
Membantu orang yang dalam kesusahan
1.1
Belas kasihan
Bersimpati terhadap kesusahan orang lain
1.2
Bertimbang rasa
Mengambil kira keperluan dan perasaan orang lain
1.3
Pemurah
Member bantuan secara ikhlas kepada yang memerlukan
(menderma, berkongsi, memberikan…)
1.4
Saling memahami
Sanggup memberi dan menerima pandangan serta memahami perasaan dan keperluan orang lain.
1.5
Saling bermaafan
Sanggup meminta maaf dan memaafkan
2.
Berdikari
Sanngup dan boleh melakukan sesuatu tanpa bantuan orang lain
3.
Yakin pada diri sendiri
Percaya kepada kebolehan diri dan sanggup mencuba
4.
Berhemah tinggi
Tidak sombong/ rendah diri
5.
Bersopan-santun/ berbudi bahasa
Berbudi bahasa dan beradad dalam pergaulan
(mengucapkan terima kasih, bertanya khabar…)
6.
Mengakui kesilapan diri
Sedia mengakui kesilapan diri sendiri serta sanggup menerima nasihat
7.
Ramah mesra
Sedia bergaul mesra dengan semua orang
8.
Hormat- menghormati

Menunjukkan rasa hormat serta memberi layanan yang baik kepada mereka
8.1
Hormat dan taat kepada ibu bapa
Memulia dan patuh kepada mereka
8.2
Hormat kepada kerajaan dan Negara
Menerima dan hormat kepada kerajaan serta lambang kebesaran negeri dan negara
8.3
Hormat kepada kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum
Menghormati kepercayaan dan adat resam semua kaum

9.
Patuh kepada undang-undang
Mematuhi undang-undang setiap masa     
10.
Kasih sayang
Menyayangi diri sendiri, orang lain, nyawa binatang dengan ikhlas
11.
Sayang kepada alam sekitar
Memelihara dan memulihara kehidupan flora dan fauna untuk kesejahteraan hidup
12.
Adil
Membuat pertimbangan dan keputusan secara positif, menyeluruh dan bersesuaian
12.1
Saksama
Tidak menyebelahi sesuatu pihak dalam membuat keputusan
13.
Kebebasan di sisi undang-undang
Boleh melakukan sesuatu asalkan tidak melanggar batasan peraturan dan undang-undang yang tersurat dalam keluarga, sekolah, komuniti, masyarakat Negara dan agama
14.
Keberanian
Gagah dan berani
14.1
Berani mencuba
Berani melakukan sesuatu perkara yang baru dan mencuba untuk kebaikan diri sendiri dan orang lain dengan mengambil kira risiko yang akan dihadapi
14.2
Berani kerana benar
Berani mempertahankan sesuatu yang diakui kebenarannya dengan menunjukkan bukti yang nyata
15.
Menjaga kebersihan diri

Kebersihan anggota yang perlu dijaga oleh setiap individu untuk kehidupan yang sihat
16.
Menjaga kebersihan persekitaran
Pemeliharaan alam sekeliling supaya rapid an bebas daripada kekotoran dan pencemaran
17.
Kebersihan mental
Pertuturan dan perlakuan yang terpuji dan perlu diamalkan oleh seseorang dalam pergaulannya
Bil.
Nilai Murni
Penerangan/ Kata Kunci
18.
Jujur
Tidak tamak/ tidak mengambil harat benda orang lain
19.
Amanah
Bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu tugas yang diberikan dan dapat menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain
20.
Bercakap benar
Menyatakan perkara yang benar tanpa menokok tambah atau berselindung
21.
Ikhlas
Melakukan sesuatu dengan suci hati tanpa mengharapkan balasan
22.
Rajin
Berusaha bersungguh-sungguh untuk menghasilkan sesuatu yang berkualiti
23.
Dedikasi
Berminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga untuk perkara yang berfaedah
24.
Bekerjasama
Melakukan sesuatu tugas secara beramai-ramai dan sukarela (bergotong-royong)
25.
Toleransi
Bertolak-ansur serta dapat mengelakkan berlakunya perselisihan
26.
Perpaduaan/ Bersatu-padu
Bersefahaman dan bekerjasama di peringkat keluarga, masyarakat, Negara dan antarabangsa
27.
Kesederhanaan

27.1
Kesederhaan dan perlakuaan yang sederhana
Bertutur dan berkelakuan yang tidak melampaui batas serta menyinggung perasaan atau menimbulkan kemarahan orang lain
27.2
Kesederhanaan dalam menimbangkan kepentingan diri dan orang lain
Membuat pertimbangan yang sewajarnya supaya memuaskan diri sendiri dan orang lain
28.
Kesyukuran/ Bersyukur
Patuh dan menerima nasib atau takdir
29.
Menghargai jasa/ mengenang budi/ membalas jasa
Penghargaan terhadap sesuatu jasa, sumbangan atau pemberian
30.
Rasional
Berupaya mengambil kira baik buruknya sesuatu perkara sebelum membuat keputusan
31.
Semangat bermasyarakat
Supaya hidup dalam keadaan yang harmoni
31.1
Bermaufakat
Mengutamakan persetujuan dan kerjasama dalam sesuatu pekerjaan bagi kepentingan bersama
31.2
Semangat kejiranan
Berbaik-baik, bertolak- ansur, tolong-menolong dan bekerjasama dengan jiran tetangga dan masyarakat
31.3
Peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat/ prihatin
Peka/ memahami masalah masyarakat dan sedia berusaha menyelesaikannya
32.
Semangat patriotik

32.1
Cintakan negara
Berbangga dan taat setia serta berusaha untuk memajukan negara
32.2
Berkorban untuk negara
Sanggup melakukan apa sahaja demi mempertahankan Negara daripada diceroboh