time
Selasa, 30 April 2013
Isnin, 29 April 2013
Rabu, 24 April 2013
CERITA
CERITA
Pengenalan
- Karangan cerita merupakan karangan yang paling popular dalam UPSR. Karangan yang hendak ditulis mestilah berdasarkan tema atau situasi yang diberi. Untuk menghasilkan sebuah cerita yang baik, kesinambungan jalan cerita mestilah berurutan dari satu perenggan ke perenggan yang lain.
· Karangan jenis cerita ialah karangan yang berbentuk cerita rekaan, cerita imaginasi.
· Ketepatan fakta tidak diperlukan, tetapi cerita yang dipaparkan mestilah logik, menggunakan bahasa yang indah serta pengolahan yang mempunyai unsur-unsur kreatif.
· Karangan ditulis berdasarkan pengalaman, pemerhatian, perbualan, dan pembacaan.
· Sebuah cerita yang baik mempunyai ciri-ciri seperti berikut, iaitu peristiwa, watak, tempat ( latar cerita) sebab dan akibat kejadian serta plot (jalan cerita).
· Karangan di bahagikan kepada beberapa peringkat, iaitu perkembangan isi, ketegangan, kemuncak, dan penyelesaian.
· Perbualan atau dialog boleh digunakan untuk menghidupkan sesebuah cerita.
· Setiap cerita mempunyai nilai murni seperti tolong-menolong, kasih sayang dan sebagainya.
- Kemahiran berfikir secara keritis dan kreatif sangat-sangat diperlukan untuk mencorakkan jalan cerita yang lebih menarik dan berkesan.
Tajuk Perbincangan
Tuliskan sebuah karangan cerita yang bertajuk ‘ Menabung’
Lengkapkan cerita di atas. Panjang cerita kamu mestilah tidak kurang daripada 80 patah perkataan dan tidak melebihi 120 patah perkataan.
Langkah 1
Kamu mestilah membaca soalan karangan tersebut dengan teliti. Fahamkan tema atau cerita yang hendak ditulis. Garisi maklumat-maklumat yang penting supaya kamu tidak melakukan kesilapan semasa membuat rangka karangan. Soalan ini, memerlukan kamu memberikan gambaran mengenai satu cerita yang berhubung dengan kebaikan, kelebihan orang yang suka menabung.
Langkah 2
Berdasarkan tema atau tajuk kamu bolehlah membuat kerangka karangan. Sebaik-baiknya kerangka karangan yang hendak dibuat berdasarkan peta minda. Peta mindahendaklah seberapa ringkas.
Lihat contoh peta minda.
Langkah 3
Berdasarkan peta minda di atas, anda bolehlah menulis karangan tersebut. Semasa mengarang, binalah ayat-ayat yang betul tatabahasanya supaya anda tidak kehilangan markah di bahagian ini.
Baca contoh karangan di bawah ini.
Contoh Karangan
Menabung
Jam menunjukkan pukul 10.40 pagi, loceng menandakan waktu rehat berbunyi. Murid-murid keluar dari kelas masing-masing dan berpusu-pusu menuju ke kantin. Mereka beratur untuk membeli pelbagai juadah yang dijual di kantin.
“Kamu tidak ke kantin, Jazlan?” tanya Norita rakan sekelasnya.
“Tidak, aku ada membawa bekalan,” jawab Jazlan sambil membuka bekalan. Memang telah menjadi kelaziman bagi Jazlan membawa bekalan dari rumah. Wang saku yang diberikan oleh ibunya disimpan di dalam tabung. Amalan menabung ini telah dilakukan oleh Jazlan sejak dia di tahun satu lagi.
“Maklumlah, orang hendak cepat kaya. Berbelanja di kantin pun dia tidak mahu. Tidak lama lagi ada seorang rakan kita yang akan bergelar jutawan,” Norita menyindirnya dan disambut dengan hilaian ketawa rakan-rakannya yang lain.
Jazlan tidak berasa hati sedikit pun dengan ejekan dan sindiran rakan-rakannya. Baginya, menabung merupakan tabiat mulia yang perlu diamalkan. Setiap orang perlu berjimat cermat untuk masa depannya. Lebih-lebih lagi wang belanja yang diperoleh adalah hasil jerih ibunnya mengambil upah menjahit.
“Mungkin rakan-rakanku itu keluarganya orang berada. Mereka tidak pernah hidup susah ataupun mengalami masalah kewangan. Segala kemahuan akan dipenuhi oleh ibu bapa mereka. Lainlah aku, keluargaku bukannya daripada kalangan orang yang berada, ayah telah meninggal sejak aku dilahirkan” Jazlan berbisik sendirian memujuk hatinya.
Pada penghujung tahun, Jazlan telah terpilih sebagai pemenang pertama satu pertandingan penyimpan wang terbanyak dan terkerap.Jazlan telah menerima beberapa hidah istimewa berupa wang dan peralatan sekolah daripada pihak bank yang menaja pertandingan tersebut.
Langkah 4
|
Kamu hendaklah membaca dan menyemak semula karangan itu. Dalam proses penyemakan perkara-perkara berikut perlu diperhatikan ialah kesalahan penggunaan kata, struktur ayat, penggunaan imbuhan, tanda baca, dan ejaan.
Latihan Minggu Ini
- Tulis sebuah karangan bertajuk ‘Terselamat’
- Tulis sebuah karangan tentang ‘Malang Tak Berbau’
3. Tulis sebuah karangan bertajuk ’Akibat Degil’
Terselamat
Hujan turun renyai-renyai. Aku dan rakan-rakan meminta izin daripada Cikgu Rashidah.
“Baiklah, anak-anak. Berhati-hatilah. Jangan bermain-main di tepi sungai,” Cikgu Rashidah berpesan.“Terima kasih, cikgu. Kami pulang dulu.
Air sungai itu melimpah ke tebingnya. Jalan di tepi sungai licin-licau. Aku, Eton, dan Chot berjalan dengan hati-hati. Eton di hadapan, aku di tengah, dan Chot di belakang.
Tiba-tiba Eton tergelincir lalu tersungkur. Begnya tercampak ke tebing sungai. Chot menerpa ke arah beg itu. Malangnya dia tersepak seketul batu lalu terjatuh ke dalam sungai.
“Tolong aku, Eton! Tolong aku, Siti!” Chot menjerit meminta tolong.
Aku tergamam. Tetapi, aku sempat menarik tangan Chot. Namun demikian, Aku tidak berdaya untuk menarik rakannya itu ke atas tebing. Tangan Chot terlepas daripada peganganku. Chot hanyut dibawa arus sungai itu. Chot kelihatan terkapai-kapai, badannya tenggelam timbul dalam air sungai itu.
Aku dan Eton menjerit-jerit meminta tolong. Beberapa orang pemuda yang kebetulan lalu di situ berlari-lari ke arah kami. Aku memberitahu mereka akan hal itu. Beberapa orang pemuda kampung terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Chot yang sudah tidak kelihatan lagi.
Hampir setengah jam mereka mencari Chot di sepanjang sungai itu. Akhirnya mereka menemukan Chot yang tersangkut pada sebatang kayu. Chot tidak bermaya lagi, Aku yakin Cot masih hidup. Kami memberikan bantuan pernafasan sambil menekan perutnya untuk mengeluarkan air. Beberapa minit kemudian Chot mulai sedar.
“Chot terselamat!” Aku menjerit sekuat hatiku. Hatiku lega.
Cikgu Rashidah yang turut berada di situ terus membawa Chot ke hospital.Aku dan Eton tidak putus-putus menyebut kalimah syahadah kepada Chot.Peristiwa ini benar-benar menimbulkan keinsafan kepadaku agar menjadi insan cemerlang sebelum dijemput kembali oleh Allah.
Jumaat, 12 April 2013
LATIHAN AWALAN BER
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
1. Encik Azmi melarang anaknya _______________ dengan budak-budak yang nakal itu.
A. bergal
B. bersalam
C. bertanya
D. berdebat
2. Kebanyakan penduduk di kampung saya buta huruf dan tidak _______________ tinggi.
A. berkulit
B. bermata
C. berpelajaran
D. berhidung
3. Datuk Omar masih boleh membaca perkataan-perkataan yang _______________ kecil itu.
A. berbaca
B. berwarna
C. berhuruf
D. berbuku
4. Lelaki yang bertongkat dan ______________ tebal itu ialah bekas pengawai
polis yang dihormati ramai.
A. bermisai
B. berjanggut
C. bersikat
D. bergigi
5. pelajar-pelajar Tingkatan Satu Cempaka ______________ tegak apabila Cikgu Jasni
masuk ke dalam kelas.
A. berjalan
B. berbaris
C. bersusun
D. berdiri
6. Adrian sering membawa isteri dan anak-anaknya _______________ di tepi pantai
pada hari minggu.
A. berlari
B. bermain
C. berjalan
D. bersiar-siar
7. Kerajaan menggalakkan rakyat Malaysia supaya _______________ cermat dan
tidak boros berbelanja untuk mengelakkan berlakunya inflasi.
A. bersikap
B. berjimat
C. berwang
D. berbuat
8. Encik Hakimi _______________ hendak menghantar beberapa orang kakitangannya
berkursus di luar negeri untuk meningkatkan lagi produktiviti syarikatnya.
A. berlatih
B. bercadang
C. berdiam
D. berlanggar
9. Surat yang dikirim oleh sahabat penanya dan Indonesia belum______________ lagi.
A. berbalas
B. bersoal
C. berbuka
D. bersusun
10. Mariati ____________ dengan nasib yang menimpa penghuni asrama
perempuan itu apabila asrama mereka hangus terbakar.
A. berenam
B. bersimpati
C. bergaduh
D. bermewah
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan perkataan yang sesuai.
1. Pokok mangga yang ditanam di belakang rumah Pak Seman _________ merah.
2. Salimah _________ di atas katilnya sambil membaca surat khabar.
3. Puan Nooraini _________ kebaya ke majlis perkhawinan anak perempuan Datuk Anwar.
4. Penyanyi yang _________ merdu itu berjaya memikat hati ribuan penonton yang menyaksikan persembahan di Stadium Negara.
5. Nenek Halijah _________ kepada cucu-cucunya hingga larut malam.
6. Kami _________ telah terpilih sebagai wakil sekolah dalam pertandingan perbahasan peringatan sekolah-sekolah.
7. Encik Shamsuddin melarang anaknya memetik pokok mawar yang baru _________ itu.
8. Tiap-tiap hari Johari _________ ke kebun getahnya yang terletak di hujung kampung.
9.Seluar pendeknya yang koyak itu belum _________ .
10.Kedua-dua orang adik-beradik itu asyik _________ seperti anjing dengan kucing.
bersuara | berdaun | berbunga | berbasikal | bertiga |
berjahit | berbaju | berbaring | berkelahi | bercerita |
Masukkan imbuhan beR- pada perkataan yang sesuai dalam ayat-ayat di bawah. Kemudian, tuliskan semula ayat-ayat itu dalam kurangan yang disediakan.
1. Pesakit itu tidak dibenarkan memakan makanan yang minyak dan pedas.
_________________________________________________________
2. Adik lari-lari anak apabila melihat ayah dan ibu pulang dari pasar raya.
_________________________________________________________
3. Apabila saya pulang dari kerja, pinggan mangkuk itu belum basuh.
_________________________________________________________
4. Orang ramai digalakkan kebun sayur di belakang rumah masing-masing untuk menjimatkan
perbelanjaan harian.
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
5. Kelmarin, angsa Pak Cik Lailin telur di bawah rumah Tuk Penghulu Hamad.
____________________________________________________________
6. Kami empat pergi menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala Melaysia di Stadium
Shah Alam.
__________________________________________________________________
__________________________________________________________________
7. " Berikan kuih ini kepada budak yang baju biru itu," kata Rafidah kepada Filza.
______________________________________________________________
8. Apabila pihak polis tiba di tempat kejadian, mangsa berkenaan sudah tidak nafas lagi.
___________________________________________________________________
9.Para penonton tepuk tangan apabila ahli silap mata itu muncul di atas pentas.
____________________________________________________________
10.Mereka dua berkawan baik semenjak menuntut di Universiti Kebangsaan Malaysia lagi.
________________________________________________________________________
Isilah tempat kosong di bawah ini dengan kata di dalam petak.
1. Haris dan Harison _________ ke Seremban.
2. Sejak tadi adik _________ saja.
3. Bulan _________ pada waktu malam.
4. Gadis manis itu _________ kebaya.
5. Neneknya sudah tidak _________ lagi.
6. Ramesh selalu _________ sejak kematian adik.
7. Bendera Malaysia _________ biru, kuning, dan putih.
8. Kasut ayah cantik dan _________ .
9. Murid-murid itu _________ kaki ke sekolah.
10. Askar-askar itu _________ dengan sungguh-sungguh untuk
mempertahankan negara.
berbaju | bercahaya | berduka | bergigi | berjalan |
berjuang | berkereta | berkilat | bermuram | berwarna |
Isi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan perkataan yang sesuai.
1. Orang kaya itu _________ besar.
2. Orang yang _________ tinggi selalu dihormati.
3. Mereka _________ ke tepi pantai.
4. Bapa saya _________ putih.
5. Dia _________ sambil berfikir.
6. Ibu sedang _________ di dalam biliknya.
7. Dua orang budak itu sedang __________ .
8. Ayah sedang _________ dengan jiran.
9. Laporan itu bulum _________ lagi.
10.Surat yang _________ itu dimasukkan ke dalam sampul.
bertulis | berpengetahuan | berkelahi | berjalan | berbual |
berbaju | berbasikal | berlipat | berkereta | bersolek |
AWALAN BER
Bentuk Awalan ber-
1.Bentuk ber- sekeluarga dengan awalan be- dan bel-.
2.Awalan ber- dapat berubah menjadi be-, atau bel, atau tetap ber- seperti yang berikut.
Awalan |
Keterangan
| Contoh |
be- | Apabila bertemu dengan kata-kata yang bermula dengan huruf ratau suku kata pertamanya berakhir dengan er | be.rasa, be.roda be.rumah, be.kerjadan be.serta |
bel- | Apabila bertemu dengan kata-kata ajar dan unjur | bel.ajar, bel.unjur |
ber- | Apabila bertemu dengan kata-kata yang lain daripada yang tersebut di atas | ber.ayah,ber.bentuk, ber.gaduh, ber.kepak, dan ber.tenaga |
Awalan ber- mempunyai beberapa makna, iaitu:
(a) mempunyai....
berayah = mempunyai ayah
beribu = mempunyai ibu
(b) memakai....
berbaju = memakai baju
berkasut = memakai kasut
(c) menaiki atau menunggang....
berkereta = menaiki kereta
berbasikal = menunggang basikal
(d) menggunakan....
berpayung = menggunakan payung
bertungkat = menggunakan tongkat
(e) mengeluarkan atau menghasilkan....
berbunga = mengeluarkan bunga
bertelur = menghasilkan telur
(f) mengusahakan....
bersawah = mengusahakan sawah
berkedai = mengusahakan kedai
(g) mengucapkan....
berdoa = mengucapkan doa
berjanji = mengucapkan janji
(h) menunjukkan sikap....
berkasar = menunjukkan sikap kasar
berlembut = menunjukkan sikap lembut
(i) dalam keadaan....
bergembira = dalam keadaan gembira
berduka = dalam keadaan duka
(j) melakukan perbuatan pada diri sendiri....
bercukur = mencukur diri sendiri
bersembunyi = menyembunyikan diri sendiri
(k) ada sesuatunya
berbahaya = ada bahayanya
berduri = ada durinya
(l) berlaku atau bekerja sebagai....
berdukun = berlaku sebagai dukun
berguru = bekerja sebagai guru
LATIHAN KATA SERUAN
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.
1._________! Rupanya kamu ada di sini!
A Cih
B Nah
C Wah
D Amboi
2._________! Beruntungnya abang awak!
A Wah
B Aduh
C Oh
D Eh
3._________! Jangan bermain di sini!
A Aduhai
B Ceh
C Hei
4._________! Saya hampir terlupa pesanan emak!
A Amboi
B Oh
C Hoi
D Wah
5._________! Apa hal kamu datang ke rumah saya?
A Wah
B Cis
C Eh
D Oh
6._________! Apa khabar kamu sekarang?
A Hoi
B Oh
C Eh
D Hai
7._________! Itu cuma perkara kecil sahaja!
A Wah
B Eh
C Oh
D Amboi
8._________! Lemahnya badan saya ini!
A Amboi
B Aduhai
C Cis
D Eh
9._________! Kamu telah memenangi pertandingan ini!
A Oh
B Syabas
C Wah
D Aduhai
10._________! Betulkah jawapan ini?
A Eh
B Oh
C Nah
D Hoi
B Oh
C Nah
D Hoi
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.
1._________! Indahnya pemandangan di sini!
A. Oh
B. Aduh
C. Hei
D. Wah
B. Aduh
C. Hei
D. Wah
2._________! Sakitnya tangan saya!
A. Aduh
B. Aduhai
C. Oh
D. Wah
B. Aduhai
C. Oh
D. Wah
3._________, petahnya pelajar itu berbahasa!
A. Amboi
B. Aduh
C. Cis
D. Nah
B. Aduh
C. Cis
D. Nah
4._________, cantiknya jam tangan ini!
A. Oh
B. Wah
C. Hai
D. Aduhai
B. Wah
C. Hai
D. Aduhai
5._________, siapkan latihan inisekarang juga!
A. Oh
B. Cis
C. Nah
D. Wah
B. Cis
C. Nah
D. Wah
6._________, begini caranya membuat kek talam.
A. Wah
B. Oh
C. Amboi
D. Ceh
B. Oh
C. Amboi
D. Ceh
7._________, engkau telah berjaya!
A. Nah
B. Syabas
C. Amboi
D. Wah
B. Syabas
C. Amboi
D. Wah
8._________, perempuan yang tidak tahu mahu!
A. Oh
B. Wah
C. Cis
D. Hoi
B. Wah
C. Cis
D. Hoi
9._________, siapa pula yang hendak tolong saya kali ini?
A. Aduh
B. Nah
C. Eh
D. Aduhai
B. Nah
C. Eh
D. Aduhai
10._________, rupanya kamu berdua adiki-beradik!
A. Nah
B. Cis
C. Eh
D. Syabas
B. Cis
C. Eh
D. Syabas
Isilah tempat-tempat kosong yang berikut dengan kata yang paling sesuai di dalam kurungan.
1._________, terimalah tikamanku ini! (Hai , Nah)
2._________, cantik lukisan ini! (Cih , Wah)
3._________, malang sekali nasib anak-anak yatim itu! (Aduhai , Aduh)
4._________, kamu rupa-rupanya yang berada di sini! (Wahai , Hai)
5._________, lama sungguh kita tidak berjumpa! (Cis , Hai)
6._________, aku tidak peduli lagi! (Ah , Wah)
7._________, cantiknya burung merak itu! (Amboi , Ah)
8."_________, kamu sudah berkereta sekarang!" kata Mohan kepada Azura. (Hoi , Wah)
9."_________, berani engkau menentang aku!" kata Demang. (Cis , Wahai)
10._________, sakitnya gigiku! (Nah , Aduh)
11. ( Oh , Wah , Cis ), begini caranya orang membuat sarung ketupat!
12. ( Aduh , Amboi , Wah ), laju sungguh pemuda itu memandu keretanya!
13. ( Oh , Cis , Aduh ), harapkan pagar, pagar makan padi! Harapkan kawan, rupa-rupanya kawan yang menjadi musuh sendiri.
14. ( Wah , Oh , Nah ), ini sahaja barang-barang yang dapat aku berikan!
15. ( Amboi , Aduh , Cis ), comelnya anak-anak kucing Parsi ini! Geram aku melihatnya.
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
1._________, lebatnya buah langsat dan buah mempelam di belakang rumah awak!
A. Wah
B. Cis
C. Nah
D. Oh
B. Cis
C. Nah
D. Oh
2._________, jadi awaklah yang menghantar sejambak bunga ros kepada saya semalam!
A. Amboi
B. Wah
C. Oh
D. Nah
B. Wah
C. Oh
D. Nah
3._________, berseri-seri muka garis itu semenjak menjadi pengantin baru!
A. Aduh
B. Oh
C. Wah
D. Amboi
B. Oh
C. Wah
D. Amboi
4._________, ambil duat ini dan pergi belikan gula-gula untuk adik kamu!
A. Nah
B. Oh
C. Cis
D. Aduh
B. Oh
C. Cis
D. Aduh
5._________, senorok betul budak-budak itu mencari siput sedup di dalam sawah padi!
A. Oh
B. Amboi
C. Cis
D. Nah
B. Amboi
C. Cis
D. Nah
6._________, berani kalian berdua mengkhianati kepercayaan beta!
A. Wah
B. Amboi
C. Oh
D. Cis
B. Amboi
C. Oh
D. Cis
7._________, meriahnya suasana Hari Raya Puasa dan Tahun Baru Cina pada tahun ini!
A. Oh
B. Wah
C. Aduh
D. Cis
B. Wah
C. Aduh
D. Cis
8.________, rupa-rupanya Zalehalah yang membocor rancangan kami itu!
A. Oh
B. Cis
C. Amboi
D. Wah
B. Cis
C. Amboi
D. Wah
9._________, begini rasanya gulai tempoyak ikan sembilang!
A. Amboi
B. Aduh
C. Oh
D. Wah
B. Aduh
C. Oh
D. Wah
10._________, banyaknya nasi yang dimakan oleh budak lelaki yang gemuk itu!
A. Cis
B. Oh
C. Wah
D. Nah
B. Oh
C. Wah
D. Nah
Tuliskan (B) bagi ayat seru yang betul dan (S) bagi ayat seru yang salah.
1. Aduh, aku digigit kerengga! | |
2. Eh, ambillah duit ini untuk berbelanja! | |
3. Hai, pergi kamu dari sini! | |
4. Wah, cantik sungguh pemandangan di sini! | |
5. Nah, terimalah tikamanku ini! | |
6. Eh, murid-murid, ingatlah akan nasihat saya tadi! | |
7. Cis, sombongnya orang itu! | |
8. Nah, inilah peluang yang kita nanti-nantikan! | |
9. Hai, baru aku sedar akan kesilapanku ini! | |
10. Amboi, kamu pun ada di sini! |
KATA SERU
1. Kata seru ialah kata yang digunakan untuk menyatakan perasaan seseorang
seperti geram, hairan, marah, takut, sakit, dan sebagainya.
seperti geram, hairan, marah, takut, sakit, dan sebagainya.
2. Kata seru digunakan untuk membentuk ayat seruan.
Kata Seru | Penggunaannya | Ayat Contoh |
aduh | menyatakan perasaan sakit atau hairan | 1. Aduh, sakitnya kakiku! 2. Aduh, indah sungguh kawasan ini! |
cih / cis | menyatakan perasaan mengejek, tidak suka, atau marah | 1. Cih, bedebah betul budak ini! 2. Cis, nyah engkau dari sini! |
eh | menyatakan perasaan hairan atau terkejut | 1. Eh, bila kamu sampai! 2. Eh, dulu kawasan ini semak-samun. |
hai | untuk menarik perhatian atau untuk menegur seseorang | 1. Hai, jangan duduk di situ! 2. Hai, lama saya tidak melihat kamu! |
nah | untuk menarik perhatian atau memberikan sesuatu | 1. Nah, itu orangnya! 2. Nah, terimalah habuanku! |
oh | menyatakan perasaan hairan, terkejut, kecewa, dan sebagainya | 1. Oh ibu, ampunilah dosaku! 2. Oh, kamu rupanya! |
wah | menyatakan perasaan kagum | Wah, bijak sungguh budak itu! |
amboi | menyatakan rasa hairan atau kagum | 1. Amboi, murah betul barang-barang ini! 2. Amboi, manja budak ini! |
ah | untuk menyatakan tidak setuju atau menolak sesuatu | 1. Ah, saya tidak akan pergi! 2. Ah, saya tidak akan menurut kata-katanya itu! |
wahai | untuk menyatakan perasaan sedih atau untuk menarik perhatian | 1. Wahai anakku, bertaubatlah! 2. Wahai orang-orang yang beriman, kerjakanlah sembahyang! |
LATIHAN KATA ADJEKTIF
LATIHAN 1
Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.
1. Kuih-muih yang dijual oleh penjaja oleh penjaja itu sangat____________ .
A.lazat
B.merdu
C.gembira
D.mewah
2. Rumah Siti terletak____________ dari sini .
A.jauh
B.panjang
C.lama
D.jarang
3.Pelajar yang_________itu sangat disayangi oleh kedua-dua ibu bapanya.
A.bodoh
B.malas
C.pandai
D.degil
4.Pekerja yang rajin itu __________datang awal ke sekolah .
A.lewat
B.selalu
C.malas
D.jarang
5.Budak kecil itu tidak dapat mengangkat yang ___________ itu .
A.berat
B.ringan
C.kecil
D.lembut
6.Laut itu sangat ____________kerana mengandungi banyak garam .
A.manis
B.masam
C.pahit
D.masin
7.Air sungai itu mengalir dengan___________ selepas hujan lebat .
A.laju
B.deras
C.cepat
D.lambut
8.Pemuda itu suka membawa keretanya dengan___________.
A.kuat
B.fasih
C.cergas
D.laju
9.Angin bertiup dengan__________di kawasan itu malam tadi .
A.laju
B.kuat
C.kencang
D.deras
10.Bayi itu tidur dengan_________nya di dalam buaian .
A.sedap
B.merdu
C.nyenyak
D.seronok
Latihan 2
Garis kata adjektif dalam ayat-ayat di bawah ini .
1. Nasi yang dimasak oleh kakak terlalu lembik .
2. Tiang itu condong kerana dilanggar lori .
3. Kakinya terasa lenguh kerana terlalu jauh berjalan .
4.Kami memerlukan galah yang lebih panjang untuk mengait buah rambutan itu.
5.Puan Rasyidah menyedia makanan yang lazat untuk keluarganya.
6.Dalam kemalangan itu, penunggang motosikal itu nyaris menemui maut.
7.Jam tangan Ramu lambat sepuluh minit.
8.Puan Ng membalut luka anaknya dengan kain nipis.
9.Ayah memakai baju Melayu berwarna kelabu ke masjid.
10.Pakaian yang tersidai itu masih lembap.
2. Tiang itu condong kerana dilanggar lori .
3. Kakinya terasa lenguh kerana terlalu jauh berjalan .
4.Kami memerlukan galah yang lebih panjang untuk mengait buah rambutan itu.
5.Puan Rasyidah menyedia makanan yang lazat untuk keluarganya.
6.Dalam kemalangan itu, penunggang motosikal itu nyaris menemui maut.
7.Jam tangan Ramu lambat sepuluh minit.
8.Puan Ng membalut luka anaknya dengan kain nipis.
9.Ayah memakai baju Melayu berwarna kelabu ke masjid.
10.Pakaian yang tersidai itu masih lembap.
LATIHAN3
Tandakan (B) pada ayat betul dan (X) pada ayat yang tidak betul .
1. Anjing itu sangat garang. ( )
2. Saya amat berlari dari sini ke kedai itu. ( )
3. Di antara kami, dialah yang paling tinggi. ( )
4. Anis amat menjerit apabila mendengar berita itu. ( )
5. Murid baru itu amat pandai melukis. ( )
6. Bajunya lebih merah daripada baju saya. ( )
7. Pisau itu perlu diasah kerana tumpul. ( )
8. Wajah Rozita masam apabila disindir oleh kakaknya. ( )
9. Umurnya baru dua belas tahun tetapi dia amat besar daripada ibunya. ( )
10. Buah rambutan di sekeliling rumahnya benar manis. ( )
2. Saya amat berlari dari sini ke kedai itu. ( )
3. Di antara kami, dialah yang paling tinggi. ( )
4. Anis amat menjerit apabila mendengar berita itu. ( )
5. Murid baru itu amat pandai melukis. ( )
6. Bajunya lebih merah daripada baju saya. ( )
7. Pisau itu perlu diasah kerana tumpul. ( )
8. Wajah Rozita masam apabila disindir oleh kakaknya. ( )
9. Umurnya baru dua belas tahun tetapi dia amat besar daripada ibunya. ( )
10. Buah rambutan di sekeliling rumahnya benar manis. ( )
Latihan 4
Isi tempat kosong dengan kata adjektif yang sesuai .
1. Masakan ibu saya sungguh ___________.
2. Pokok kelapa yang ____________ itu sudah berbuah .
3. Adik tidah suka makan ubat kerana rasanya _______________ .
4. Rosnah suka memakai baju berwarna ________________ .
5.Jangan bergaur dengan budak-budak _______________ itu .
6. Badan Mazlin _______________ kerana menghidap penyakit leukimia .
7. Muka Rosni ________________ seperti bulan mengambang .
8. Abang menunggang motosikal terlalu _______________ .
9. Jalan ke rumah Steven _____________ dan bengkang-bengkok .
10. Nenek Saodah tidak dapat makan kuih itu kerana terlalu ______________ .
2. Pokok kelapa yang ____________ itu sudah berbuah .
3. Adik tidah suka makan ubat kerana rasanya _______________ .
4. Rosnah suka memakai baju berwarna ________________ .
5.Jangan bergaur dengan budak-budak _______________ itu .
6. Badan Mazlin _______________ kerana menghidap penyakit leukimia .
7. Muka Rosni ________________ seperti bulan mengambang .
8. Abang menunggang motosikal terlalu _______________ .
9. Jalan ke rumah Steven _____________ dan bengkang-bengkok .
10. Nenek Saodah tidak dapat makan kuih itu kerana terlalu ______________ .
KATA ADJEKTIF
KATA ADJEKTIF DAN KATA ADVERBA
1. Kata Adjektif ialah kata yang menerangkan sifat sesuatu kata nama seperti benda,orang,tempat,keadaan dan sebagainya.
2. Kata Adjekfit juga dikenali sebagai Kata Safit.
Contoh Kata Adjektif | Contah Ayat |
nakal garang besar tebal lurus | Chee Keong seorang budak yang nakal. Lembu janntan itu sangat garang. Rumah besar itu sangat cantik. Buku itu tebal. Pembaris ini lurus. |
Contoh Kata Adverba | Contoh Ayat |
tinggi kencang perlahan gelojoh lebat | Burung itu terbang tinggi. Angin bertiup dengan kencang. Pak Ali berjalan dengan perlahan. Budak nakal itu makan nasi dengan gelojoh. Pokok mangga itu berbuah dengan lebat. |
KATA KERJA
KATA KERJA
1.Kata kerja ialah kata yang pada umumnya disertai awalan ber-,men-,ter-,dan sebagainya.
2.Kata kerja terbahagi kepada:
(a) kata kerja tak transitif
(b) kata kerja transitif
(c) kata kerja pasif
2.Kata kerja terbahagi kepada:
(a) kata kerja tak transitif
(b) kata kerja transitif
(c) kata kerja pasif
3.Kata kerja tak transitif ialah kata kerja yang dapat berdiri sendiri dengan maknanya yang
lengkap.Misalnya:
(a) Ayah tidur.
(b) Penyanyi itu menari.
4.Beberapa contoh kata kerja tak transitif ialah:
ada,bocor,kandas.
5.Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk membentuk ayat yang lengkap.
6.Objek yang menyertai kata kerja transitif mesti frasa nama.Misalnya:
Abang membaca buku.
(a) membaca-kata kerja transitif
(b) buku-objek
7.Beberapa contoh kata kerja transitif ialah:
makan,melukis,minum.
8.Kata kerja pasif terjadi daripada kata kerja transitif yang awalan me- nya ditiadakan.
Contohnya:
lengkap.Misalnya:
(a) Ayah tidur.
(b) Penyanyi itu menari.
4.Beberapa contoh kata kerja tak transitif ialah:
ada,bocor,kandas.
5.Kata kerja transitif ialah kata kerja yang mesti disertai objek untuk membentuk ayat yang lengkap.
6.Objek yang menyertai kata kerja transitif mesti frasa nama.Misalnya:
Abang membaca buku.
(a) membaca-kata kerja transitif
(b) buku-objek
7.Beberapa contoh kata kerja transitif ialah:
makan,melukis,minum.
8.Kata kerja pasif terjadi daripada kata kerja transitif yang awalan me- nya ditiadakan.
Contohnya:
Kata Kerja Transitif | Kata Kerja Pasif |
mengambil | ambil |
9.Ada tiga jenis kata kerja pasif.
(a)kata kerja pasif diri pertama
(b)kata kerja pasif diri kedua
(c)kata kerja pasif diri ketiga
10.Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja yang berimbuhan ku-. Contohnya:
kuambil, kuperoleh, kududuki
11.Kata kerja pasif diri kedua ialah kata kerja yang berimbuhan kau- .Contohnya:
kauambil, kauberikan, kaududuki
12.Kata kerja pasif diri ketiga ialah kata kerja yang berimbuhan di-.Contohnya:
diambil, diberikan, diduduki
(a)kata kerja pasif diri pertama
(b)kata kerja pasif diri kedua
(c)kata kerja pasif diri ketiga
10.Kata kerja pasif diri pertama ialah kata kerja yang berimbuhan ku-. Contohnya:
kuambil, kuperoleh, kududuki
11.Kata kerja pasif diri kedua ialah kata kerja yang berimbuhan kau- .Contohnya:
kauambil, kauberikan, kaududuki
12.Kata kerja pasif diri ketiga ialah kata kerja yang berimbuhan di-.Contohnya:
diambil, diberikan, diduduki
TANDA BACA
Tanda Baca | Ayat Contoh |
Tanda noktah
| a. Pengawas itu sedang menaikkan bendera Malaysia. b. kereta itu bukan kereta Proton Saga. c. Kapal itu berlabuh di Pelabuhan. |
Tanda Koma
| a. Setiba di Zoo Negara, ayah pun pergi membeli tiket. b. Selain mengumpulkan setem, lencana, dan daun-daun kering, Amin juga bermain badminton pada waktu lapang. c.Setahun saya, bas itu belum tiba lagi. |
Tanda soal
| a. Bagimanakah mereka menyelamatkan budak yang hampir mati lemas itu? b. Sudahkah abang kamu menghabiskan kerjanya? c. Siapakah yang menemaninya tadi? |
Tanda seru
| a. Amboi, wanginya durian-durian ini! b. Aduh, sakitnya gigi saya! c. Cis, biadab betul budak itu! |
Tanda sempang
| a. Sayur-sayuran itu dimasukannya ke dalam bakul. b. Anak Puan Siti pandai-pandai belaka. c. Pakaian pengemis compang-compang. |
Tanda petik
| a."Cikgu Tan akan bersara pada bulan depan," kata guru besar. b. Wai Seng bertanya, "Bolehkah saya pinjam buku ini?" c. "Baiklah, cikgu," kata Ahmad. |
Huruf Besar
| a. Orang tua itu tinggal di Taman Indah, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. b. Pen Parker ini dibelinya dari Kerai Jam Tangan Megah pada bulan Ogos yang lalu. c. Dewan Pelajar merupakan majalah yang sangat sesuai bagi kanak-kanak. |
Langgan:
Catatan (Atom)