time

Jumaat, 12 April 2013

LATIHAN KATA SERUAN


Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.
1._________! Rupanya kamu ada di sini!
A  Cih
B  Nah
C  Wah
D  Amboi

2._________! Beruntungnya abang awak!
A  Wah
B  Aduh
C  Oh
D  Eh

3._________! Jangan bermain di sini!
A  Aduhai
B  Ceh
C  Hei

4._________! Saya hampir terlupa pesanan emak!
A  Amboi
B  Oh
C  Hoi
D  Wah

5._________! Apa hal kamu datang ke rumah saya?
A  Wah
B  Cis
C  Eh
D  Oh

6._________! Apa khabar kamu sekarang?
A  Hoi
B  Oh
C  Eh
D  Hai

7._________! Itu cuma perkara kecil sahaja!
A  Wah
B   Eh
C   Oh
D   Amboi

8._________! Lemahnya badan saya ini!
A  Amboi
B  Aduhai
C  Cis
D  Eh

9._________! Kamu telah memenangi pertandingan ini!
A  Oh
B  Syabas
C  Wah
D  Aduhai

10._________! Betulkah jawapan ini?
A  Eh
B  Oh
C  Nah
D  Hoi 


Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong di bawah.
1._________! Indahnya pemandangan di sini!
A. Oh
B. Aduh
C. Hei
D. Wah
2._________! Sakitnya tangan saya!
A. Aduh
B. Aduhai
C. Oh
D. Wah
3._________, petahnya pelajar itu berbahasa!
A. Amboi
B. Aduh
C. Cis
D. Nah
4._________, cantiknya jam tangan ini!
A. Oh
B. Wah
C. Hai
D. Aduhai
5._________, siapkan latihan inisekarang juga!
A. Oh
B. Cis
C. Nah
D. Wah
6._________, begini caranya membuat kek talam.
A. Wah
B. Oh
C. Amboi
D. Ceh
7._________, engkau telah berjaya!
A. Nah
B. Syabas
C. Amboi
D. Wah
8._________, perempuan yang tidak tahu mahu!
A. Oh
B. Wah
C. Cis
D. Hoi
9._________, siapa pula yang hendak tolong saya kali ini?
A. Aduh
B. Nah
C. Eh
D. Aduhai
10._________, rupanya kamu berdua adiki-beradik!
A. Nah
B. Cis
C. Eh
D. Syabas

Isilah tempat-tempat kosong yang berikut dengan kata yang paling sesuai di dalam kurungan.
1._________, terimalah tikamanku ini!  (Hai , Nah)
2._________, cantik lukisan ini!  (Cih , Wah)
3._________, malang sekali nasib anak-anak yatim itu!  (Aduhai , Aduh)
4._________, kamu rupa-rupanya yang berada di sini!  (Wahai , Hai)
5._________, lama sungguh kita tidak berjumpa!  (Cis , Hai)
6._________, aku tidak peduli lagi!  (Ah , Wah)
7._________, cantiknya burung merak itu!  (Amboi , Ah)
8."_________, kamu sudah berkereta sekarang!" kata Mohan kepada Azura.   (Hoi , Wah)
9."_________, berani engkau menentang aku!" kata Demang.  (Cis , Wahai)
10._________, sakitnya gigiku!  (Nah , Aduh)
11. ( Oh , Wah , Cis ), begini caranya orang membuat sarung ketupat!
12. ( Aduh , Amboi , Wah ), laju sungguh pemuda itu memandu keretanya!
13. ( Oh , Cis , Aduh ), harapkan pagar, pagar makan padi! Harapkan kawan, rupa-rupanya kawan        yang menjadi musuh sendiri.
14. ( Wah , Oh , Nah ), ini sahaja barang-barang yang dapat aku berikan!
15. ( Amboi , Aduh , Cis ), comelnya anak-anak kucing Parsi ini! Geram aku melihatnya.


Pilih jawapan yang paling sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.
1._________, lebatnya buah langsat dan buah mempelam di belakang rumah awak!
A. Wah
B. Cis
C. Nah
D. Oh
2._________, jadi awaklah yang menghantar sejambak bunga ros kepada saya semalam!
A. Amboi
B. Wah
C. Oh
D. Nah
3._________, berseri-seri muka garis itu semenjak menjadi pengantin baru!
A. Aduh
B. Oh
C. Wah
D. Amboi
4._________, ambil duat ini dan pergi belikan gula-gula untuk adik kamu!
A. Nah
B. Oh
C. Cis
D. Aduh
5._________, senorok betul budak-budak itu mencari siput sedup di dalam sawah padi!
A. Oh
B. Amboi
C. Cis
D. Nah
6._________, berani kalian berdua mengkhianati kepercayaan beta!
A. Wah
B. Amboi
C. Oh
D. Cis
7._________, meriahnya suasana Hari Raya Puasa dan Tahun Baru Cina pada tahun ini!
A. Oh
B. Wah
C. Aduh
D. Cis
8.________, rupa-rupanya Zalehalah yang membocor rancangan kami itu!
A. Oh
B. Cis
C. Amboi
D. Wah
9._________, begini rasanya gulai tempoyak ikan sembilang!
A. Amboi
B. Aduh
C. Oh
D. Wah
10._________, banyaknya nasi yang dimakan oleh budak lelaki yang gemuk itu!
A. Cis
B. Oh
C. Wah
D. Nah

Tuliskan (B) bagi ayat seru yang betul dan (S) bagi ayat seru yang salah.
1. Aduh, aku digigit kerengga! 
2. Eh, ambillah duit ini untuk berbelanja! 
3. Hai, pergi kamu dari sini! 
4. Wah, cantik sungguh pemandangan di sini! 
5. Nah, terimalah tikamanku ini! 
6. Eh, murid-murid, ingatlah akan nasihat saya tadi! 
7. Cis, sombongnya orang itu! 
8. Nah, inilah peluang yang kita nanti-nantikan! 
9. Hai, baru aku sedar akan kesilapanku ini! 
10. Amboi, kamu pun ada di sini!

1 ulasan:

  1. Tahniah satu usaha yang baik. Amat bermanfaat. Terima kasih

    BalasPadam