BM 012 UPSR : SENARAI NILAI
MURNI (BAHAGIAN C)
NILAI
|
PERBUATAN / AKTIVITI /
TINDAKAN / FRASA
|
RAJIN
|
Mengulang
kaji pelajaran/mengemas rumah/buat kerja rumah/buat jadual waktu
belajar/menyiapkan kerja sekolah/buat latihan
|
TOLONG-MENOLONG
|
MEMBANTU
ibu pergI ke kedai/membasuh pinggan/mengajar rakan/memberi derma/ tolong guru
di sekolah/
|
BEKERJASAMA
|
bergotong-royong
/ bermain dgn. bersungguh-sungguh/ bermuafakat/berbincang/berganding bahu bahu/berpadu tenaga/bersama-sama/bergilir-gilir/bersepakat
|
BAIK HATI
|
Memaafkan
kesalahan/menolong orang/menghulurkan derma/belanja kawan makan/tidak
berdendam
|
PEMURAH/
MURAH HATI
|
Memberi
hadiah/menghulurkan derma/belanja kawan makan/menolong/membantu/berkongsi…
|
JUJUR
|
bercakap
benar/mengakui kesalahan/tidak mengambil harta benda orang/memulangkan/menyerahkan/mengembalikan
|
AMANAH
|
melakukan tugas yang diberi oleh guru/ ibu
bapa/menyimpan rahsia/wang yang diamanahkan.
|
RELA/SANGGUP BERKORBAN
|
Menawarkan
diri untuk melakukan sesuatu perkara/
secara
sukarela
|
MENGHARGAI MASA
|
Bangun
awal/ membaca buku/mengulang kaji pelajaran /mengemas rumah/buat kerja
rumah/buat jadual waktu belajar/menyiapkan kerja sekolah/buat latihan
|
MENGHARGAI / MEMBALAS JASA
|
Mengucapkan
terima kasih/memuji kebaikan/
memberikan
hadiah/memberikan ganjaran/duit
|
PRIHATIN
|
Menolong
orang/menghulurkan bantuan/menderma /menyumbang/mengutip sampah di atas
lantai/menegur
|
BERDISIPLIN
|
Mengenal
diri dengan cara menerima dan mematuhi
peraturan dan undang-undang.
|
GURU
CEMERLANG BM
SKPHT
BM 012 UPSR : SENARAI NILAI
MURNI (BAHAGIAN C)
MENJAGA KEBERSIHAN
|
Menjaga
kebersihan diri/rumah/sekolah/alam sekitar/menebas rumput/membakar sampah
|
MENJAGA KESIHATAN
|
Makan
makanan berkhasiat/ makanan seimbang/bersukan/berjoging/
bermain
badminton
|
MENJAGA KESELAMATAN
|
Berhati-hati/memeriksa
kenderaan/memandang ke kiri dan kanan/memakai topi keledar
|
SEMANGAT PATRIOTIK
|
Berdiri
apabila mendengar lagu Negaraku/
melawat
Tugu Negara/tempat bersejarah
|
TABAH/SABAR/
CEKAL
|
Tidak
kecewa dengan kematian/kesusahan/
dugaan/diejek/dihina/dibuli
|
PERAMAH/MUDAH MESRA
|
Bertanya
khabar/menyapa kawan
|
IKHLAS
|
Menolak
ganjaran/pemberian/melakukan sesuatu tanpa mengharapkan balasan
|
KASIH SAYANG/ SIMPATI
|
Memeluk
anak/cucu kerana lama tak jumpa/ menghulurkan derma kepada orang miskin
|
RASIONAL
|
Melakukan
sesuatu setelah memikirkan kebaikannya
|
TAAT / PATUH
|
Mengikut
arahan/nasihat ibu bapa/guru
Mengikut
peraturan
|
SEMANGAT
BERMASYARAKAT
/ KEJIRANAN
|
Gotong-royong
kenduri / ziarah jiran sakit
Ziarah
kematian – ucap takziah
Beri
makanan kepada jiran / tolong jiran
|
BERTANGGUNGJAWAB
|
Memulangkan
harta benda orang / melaksanakan tugas / menegur perbuatan negatif
|
BERDIKARI
|
Membuat
sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh kasut
|
GURU
CEMERLANG BM
SKPHT
BM 012 UPSR : SENARAI NILAI
MURNI (BAHAGIAN C)
KEBEBASAN
|
Mengeluarkan
pendapat dalam perbincangan, mencadangkan sesuatu…
|
BERSIKAP SEDERHANA
|
Merendah
diri/tidak sombong/tidak bermegah-megah/berkongsi kejayaan dengan ibu bapa/guru
|
BIJAKSANA /
BIJAK BERFIKIR /
BIJAK MEMBUAT KEPUTUSAN
|
Bertindak
dengan bijak / melakukan sesuatu setelah berfikir.
|
BERWAWASAN / BERCITA-CITA
TINGGI / BERJIWA BESAR
|
Ingin
berjaya dalam hidup / ingin mengubah nasib keluarga / melanjutkan pelajaran
ke menara gading/ ingin menjadi doctor
|
DEDIKASI
|
Berminat
dan rela mengorbankan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu yang berfaedah
/ bekerja dengan bersunggguh-sungguh
|
BERDIKARI
|
Membuat
sesuatu perkara sendiri tanpa mengharapkan orang lain/gosok baju/basuh kasut
|
BERTOLERANSI / BERTOLAK
ANSUR
|
Memaafkan
kesalahan orang / bagi pinjam pensel kepada kawan/ tidak berasa marah atas
tindakan rakan / tidak mengambil hati
|
MEMPUNYAI JATI DIRI
|
Tahan
lasak / cekal hati / tabah menghadapi cubaan/rintangan/kesusahan
|
BERANI
|
Menyatakan
kebenaran / tolong orang lemas / berlawan dengan penjahat / penjenayah
/
mempertahankan diri
|
HORMAT / MENGHORMATI
|
Memberi
salam / ucapan selamat/ menyapa seseorang dengan baik / bangun apabila guru
masuk ke dalam kelas.
|
|
|
GURU
CEMERLANG BM
SKPHT
KEBAIKAN MEMBAWA BEKAL KE
SEKOLAH
Setiap hari kita diberikan wang saku oleh
ibu bapa untuk membeli makanan dan minuman di kantin sekolah. Namun begitu,
kita juga boleh membawa bekal ke sekolah. Membawa bekal ke sekolah sebenarnya
membawa banyak kebaikan kepada kita.
Apabila kita membawa makanan sendiri ke
sekolah, kita akan dapat menjimatkan wang kita. Wang saku yang diberikan oleh
ibu bapa kita boleh disimpan di dalam tabung atau di bank. Lama-kelamaan wang
tabungan kita akan bertambah, seperti
kata pepatah, “sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit”.
Selain
itu, makanan yang dibekalkan oleh ibu
kita semestinya sedap dan berkhasiat. Ini dapat mengelakkan kita daripada terkena keracunan makanan. Kita juga akan lebih berselera untuk
menikmati makanan yang dimasak oleh ibu pada waktu rehat.
Di samping itu, kita tidak perlu lagi berebut-rebut atau beratur untuk membeli
makanan di kantin. Kita dapat menjamah terus makanan yang dibawa dari rumah. Masa rehat kita dapat dijimatkan. Oleh itu,
kita masih ada masa untuk membaca buku atau akhbar di perpustakaan.
Kita juga boleh bertukar-bertukar atau
berkongsi bekal dengan kawan-kawan kita. Dengan ini, perhubungan kita dengan kawan-kawan
akan menjadi lebih erat. Selain itu, hubungan kasih sayang antara kita dan ibu
juga akan bertambah erat.
Kesimpulannya, membawa bekal ke sekolah
memang mendatangkan banyak manfaat kepada kita. Oleh, itu ada baiknya amalan
tersebut kita lakukan untuk kebaikan diri kita sendiri.
KEBAIKAN BELAJAR BERKUMPULAN
Terdapat banyak cara untuk belajar. Sebagai
pelajar kita boleh belajar sendiri atau belajar secara berkumpulan. Belajar
berkumpulan sebenarnya mendatangkan banyak kebaikan kepada kita.
Apabila kita belajar secara
berkumpulan, kita dapat bertanya tentang pelajaran yang tidak kita fahami. Kata
pepatah, “malu bertanya, sesat jalan”. Oleh itu, segala masalah kita dalam
pelajaran akan dapat diatasi serta-merta dengan bantuan kawan-kawan kita.
Kita juga akan lebih memahami sesuatu
perkara jika kita belajar secara berkumpulan. Kawan-kawan kita yang lebih
pandai akan memberikan penerangan yang jelas. Sebaliknya, apabila kawan kita
pula yang tidak memahami sesuatu perkara, kita boleh membantunya dengan
memberikan penerangan yang dimintanya.
Di samping itu, kita juga tidak akan
berasa jemu atau mengantuk. Pembelajaran secara berkumpulan yang
diselang-selikan dengan perbualan dan gurauan tentunya akan menjadi lebih
menarik. Oleh itu,
Kita
akan menjadi lebih bermotivasi untuk belajar.
Kita juga boleh bertukar-bertukar atau
berkongsi pendapat dengan kawan-kawan kita. Dengan cara ini, ilmu pengetahuan
kita akan bertambah dari semasa ke semasa. Perhubungan kita dengan kawan-kawan juga
akan menjadi lebih erat.
Kesimpulannya, belajar secara
berkumpulan memang mendatangkan banyak manfaat kepada kita. Oleh, itu amalkanlah
belajar secara berkumpulan untuk kebaikan kita bersama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan