time

Sabtu, 2 Mac 2013

KATA GANDA


Kata ganda ialah kata yang terbentuk daripada kata yang digandakan, sama ada sebahagian atau seluruhnya.
Kata ganda terdiri daripada:
  1. kata ganda seluruh
  2. kata ganda semu
  3. kata ganda separa (separuh)
  4. kata ganda bersajak atau berima
  5. kata ganda berimbuhan.

    Kata ganda seluruh

    Kata ganda seluruh ialah kata dasar yang digandakan seluruhnya. Kata dasarnya boleh mengambil bentuk kata namakata adjektifkata kerja, atau kata keterangan. Kata ganda seluruh digabungkan dengan tanda sempang (-).
    Gandaan kata namaGandaan kata kerjaGandaan kata adjektif
    buku-buku
    kereta-kereta
    pagi-pagi
    baring-baring
    jalan-jalan
    pandang-pandang
    awal-awal
    bulat-bulat
    manis-manis

    [sunting]Kata ganda semu

    Kata ganda semu mempunyai makna yang khusus, umpamanya: biri-biri, kanak-kanak, kupu-kupu.
    Serupa dengan kata ganda seluruh, kata ganda semu ialah kata dasar yang juga digandakan seluruhnya, dan digabungkan dengan tanda sempang (-). Bagaimanapun berbeza dengan kata ganda seluruh, kata dasarnya hanya mengambil bentuk kata nama. Kata ganda dengan sendirinya membawa maksud tunggal atau jamak.

    [sunting]Kata ganda separa

    Kata ganda separa terbentuk apabila sebahagian daripada kata saja yang digandakan. Semua kata ganda separa terdiri daripada kata nama, khususnya yang memberi maksud kepada benda atau konsep yang memiliki sifat atau keserupaan dengan kata dasar. Misalnya:
    • cecair (mana-manan bahan yang berada dalam keadaan cair, seperti air atau bendalir)
    • kekunci (butang untuk menaip dari komputer, diilhamkan dari perkataan Inggeris key yang juga bermaksud kunci)
    • lelangit ("langit" atau daerah teratas dalam rongga mulut)

    [sunting]Kata ganda bersajak/berima

    Kata ganda bersajak atau berima ialah kata ganda yang mengalami persamaan atau penyesuaian bunyi (rima) di pangkal, di hujung, atau seluruhnya apabila digandakan. Contohnya:
    1. persamaan bunyi di pangkal: lalu-lalang, beli-belah, dentam-dentum, dan sebagainya.
    2. persamaan bunyi di hujung: karut-marut, cerai-berai, calar-balar, dan sebagainya.
    3. penyesuaian bunyi seluruhnya: compang-camping, dolak-dalik, huyung-hayang dan selok-belok
    dan sebagainya.
    

    [sunting]Kata ganda berimbuhan

    Kata ganda berimbuhan atau menyalin terhasil dengan membubuh imbuhan di mana-mana tempat dalam kata ganda. (Rujuk Imbuhan dalam bahasa Melayu).
    • Imbuhan awalan di awal kata: tergesa-gesa, berpura-pura
    • Imbuhan awalan selepas tanda sengkang: tahu-menahu, kejar-mengejar
    • Imbuhan akhiran di akhir kata: barang-barangan, terang-terangan
    • Apitan seluruh kata ganda: tergila-gilakan, menghuru-harakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan